KENING KANAN
Sekiranya kamu mempunyai tahi lalat pada kening sebelah kanan, kamu dikatakan
seorang yang mempunyai akal yang cerdik dan cekap melakukan setiap tugas yang
diberikan. Maksudnya kamu mampu memikul segala tanggungjawab yang
diamanahkan ke atas kamu.
KENING KIRI
Sifat sopan adalah gambaran bagi mereka yang memiliki tahi lalat sebegini. Kamu
juga seorang yang lemah-lembut. Walaupun kamu seorang yang bersopan dan
lemah-lembut, namun jangan terperanjat kerana kamu juga seorang yang aktif dan
cergas. Tidak hairanlah kamu ini suka melibatkan diri dalam kegiatan lasak
termasuklah acara sukan.
ANTARA DUA KENING
Kamu dikatakan seorang yang keras hati dan pendirian kamu sukar digugat atau
dipengaruhi orang lain. Selain itu, kamu juga seorang yang berani. Kadangkala sikap
kamu yang berani ‘tak bertempat’ itu mendatangkan keburukan pada diri kamu.
ATAS MATA KANAN
Kamu dikatakan seorang yang baik hati dan suka menolong orang lain. Selain itu,
kamu juga selalu berjaya dalam apa jua perkara yang dilakukan. Kebanyakannya
mempunyai kerjaya yang mantap dalam masa yang singkat.
ATAS MATA KIRI
Kamu dikatakan mempunyai sikap baik hati dan disenangi orang lain. Tidak
hairanlah kamu mempunyai ramai teman tidak mengira status, jantina dan
kedudukan.
PIPI KIRI
Ini menunjukkan kamu mempunyai ramai teman. Mungkin kerana kamu seorang
yang peramah dan tak sombong. Kamu juga tak kisah berkawan dengan sesiapa
sahaja asalkan ikhlas.
PIPI KANAN
Kamu sentiasa menjadi pujaan ramai peminat dari jantina yang berlawanan. Tidak
hairanlah jika kamu mudah mendapat pengganti walaupun baru sahaja putus cinta.
PADA HIDUNG
Tahi lalat di bahagian ini menunjukkan kamu ini cukup bernasib baik dan murah
rezeki. Kebanyakan mereka ini mampu hidup senang-lenang.Bertuahnya badan!
PADA BATANG HIDUNG
Tahi lalat di bahagian ini dikatakan lebih bertuah. Kamu lebih mudah memperolehi
kekayaan dalam hidup dan dicintai sepenuh hati oleh yang tersayang. Kamu juga
dikatakan hanya melalui satu perkahwinan sahaja seumur hidup.
BIBIR ATAS KANAN
Kamu seorang yang petah berbicara. Mempunyai banyak rezeki dan pandai.
BIBIR ATAS KIRI
Kamu dikatakan mempunyai ramai kawan kerana sikap baik hati dan suka menolong
orang.
BIBIR BAWAH KANAN
Kamu seorang yang disegani oleh ramai orang. Mungkin kerana sikap peribadi kamu
sendiri membuatkan orang suka kepada kamu. Selain itu, ia juga turut membuatkan
wajah kamu manis dan sedap mata memandang.
BIBIR BAWAH KIRI
Kedudukan tahi lalat ini menunjukkan kamu seorang yang pandai berbicara. Setiap
kali bercakap orang akan rasa kagum terhadap kamu. Jadi tak hairanlah kamu
mampu menjadi penceramah/pemidato yang baik. Pekerjaan yang sesuai dengan
kamu ialah pekerjaan yang memerlukan kamu berkomunikasi dengan orang lain
secara langsung. Kamu juga seorang yang tidak mudah mengaku kalah.
HUJUNG MULUT KANAN
Kamu jenis yang tak mudah menyerah kalah dan akan mencuba sedaya-upaya.
Mereka ini mempunyai semangat juang yang tinggi. Walau bagaimanapun, mereka
perlu bekerja keras untuk hidup senang.
HUJUNG MULUT KIRI
Awas! Kamu dikatakan seorang yang suka berfoya-foya dan bersosial. Personaliti
kamu yang menarik membuatkan diri kamu mudah menyesuaikan diri dengan orang
lain.
DAGU BAWAH KANAN
Kamu dikatakan mempunyai sifat mulia sehingga membuatkan ramai orang
menyukai kamu. Kamu jujur dan baik hati dengan semua orang. Namun begitu,
akan ada orang mengambil kesempatan di atas kebaikan kamu.
DAGU BAWAH KIRI
Ia menandakan kamu ini seorang yang bijaksana
RAHaSIA TAHI LALAT DI BADAN
Adakah kamu sudah mengkaji rahsia di sebalik tahi lalat di wajah kamu? Apakah
terdapat persamaan sifat semulajadi kamu dengan definisi yang diberikan? Kali ini
kita semak pula rahsia tahi lalat di bahagian tubuh badan.
BAHU KANAN
Mungkin kamu sukar untuk melihat tahi lalat di bahagian ini. Bagi kamu yang
memiliki tahi lalat di bahu kanan, dikatakan sangat berhati-hati dalam membuat
sebarang keputusan. Ini kerana bagi kamu setiap keputusan itu boleh merubah
kehidupan kamu. Selain itu, kamu seorang yang bertanggungjawab.
BAHU KIRI
Ini bermakna kamu ini seorang yang suka bekerja keras untuk memastikan kejayaan
menjadi milik kamu. Ini termasuklah soal kerjaya, pelajaran atau apa sahaja. Selain
itu, kamu juga mempunyai banyak tanggungjawab yang perlu dipikul hingga
mendatangkan masalah kepada diri kamu. Namun begitu, kamu seorang yang
pandai mencari jalan untuk menyelesaikan setiap masalah yang menimpa.
JARI TELAPAK TANGAN KANAN
Perhatikan jari-jemari kamu. Adakah terdapat tahi lalat di salah satu jari kamu? Jika
ya, ini bererti kamu ini seorang yang murah rezeki. Walaubagaimanapun, satu
kelemahan kamu adalah sikap kamu yang terlalu boros dalam berbelanja. Kamu juga
seorang yang pemurah. Jika ada peluang, kamu tidak lokek menderma dan belanja
kawan-kawan.
JARI TELAPAK TANGAN KIRI
Kamu juga dikatakan murah rezeki dan mampu hidup senang. Namun begitu, kamu
seorang yang tidak boros dan pandai menyimpan. Jadi tidak hairanlah jika kamu
mempunyai wang simpanan yang banyak di bank.
LENGAN KIRI
Dikatakan orang yang mempunyai tahi lalat di bahagian ini seorang yang berpegang
teguh pada janji. Setiap janji yang dibuat pasti akan ditunaikan. Kamu juga seorang
yang tepati masa dan cukup gigih berusaha untuk mencapai impian hidup.
LENGAN KANAN
Kamu yang memiliki tahi lalat pada lengan kanan memberi maksud bahawa kamu
seorang yang taat pada perintah ketua / guru kamu. Bermakna, kamu ini seorang
pekerja / pelajar yang baik dan berdedikasi. Bagi kamu ia perlu agar kamu lebih
berjaya pada masa hadapan. Lagipun ia menunjukkan kamu benar-benar jujur
dalam setiap yang kamu lakukan.
SIKU TANGAN KANAN
Kamu ini seorang yang bercita-cita tinggi termasuklah ingin memiliki kehidupan yang
serba mewah. Ini kerana sifat semulajadi kamu yang terlalu mementingkan material.
SIKU TANGAN KIRI
Berlainan pula tahi lalat di bahagian ini. Kamu dikatakan memiliki sikap terpuji
seperti baik hati dan suka menolong orang lain. Keburukannya pula, kamu terlaluy
mudah untuk dipergunakan orang lain kerana kebaikan kamu. Misalnya, sudah
banyak kali duit kamu yang dipinjamkan kepada orang lesap begitu sahaja!
PERGELANGAN TANGAN KANAN
Tanda tahi lalat di bahagian ini menunjukkan bahawa kamu seorang yang
menggemari kehidupan yang enjoy. Kamu tidak peduli jika perlu berhabis wang
untuk menikmati keseronokan. Ini bermakna kamu juga seorang yang boros.
PERGELANGAN TANGAN KIRI
Ini berita baik buat para gadis. Ini kerana tahi lalat ini memberi tuah kepada kamu.
Kononnya kamu akan mendapat calon pasangan hidup yang terdiri daripada orang
berpangkat! Bertuahnya badan! Nampaknya tercapailah cita-cita kamu untuk hidup
senang.
LUTUT KANAN
Apa tandanya tahi lalat di bahagian ini? Kamu dikatakan seorang yang bersikap suka
mengambil mudah tentang sesuatu perkara. Sebab itulah setiap pekerjaan yang
kamu lakukan hanya sekadar “melepaskan batuk di tangga” sahaja. Kamu juga
malas berusaha walaupun kamu sedar kamu mampu melakukan yang lebih baik.
LUTUT KIRI
Seperti juga di atas, kamu seorang yang malas berusaha, tidak kira soal pekerjaan
atau pelajaran. Namun begitu, ada di kalangan mereka yang mampu mencapai
kejayaan walaupun dengan usaha yang minima.
BETIS KANAN
Kamu dikatakan suka menghabiskan masa dengan berfoya-foya dan amat boros
dalam berbelanja terutamanya jika berkaitan dengan keseronokan.
BETIS KIRI
Berbeza pula bagi kamu yang memiliki tahi lalat di betis kiri. Kamu seorang yang
rajin dan gigih berusaha. Sebab itu kamu tidak suka membuang masa dengan siasia.
Pasti ada saja pekerjaan yang kamu lakukan pada masa lapang.
TUMIT KANAN
Dikatakan tahi lalat ini menggambarkan kamu seorang yang jujur dalam
perhubungan dan ini membuatkan kamu mempunyai ramai teman.
TUMIT KIRI
Bagi kamu yang memiliki tahi lalat di bahagian ini, ia menunjukkan bahawa kamu
seorang yang baik hatidan tidak lokek untuk menghulurkan bantuan kepada mereka
yang memerlukannya walaupun kadangkala kebajikan diri sendiri terpaksa
diabaikan.
Kepala sebelah belakang = Jujur, sabar, tekun
Kening sebelah kanan = C e r d a s d a n c e k a p
Kening sebelah kiri = C e r d a s , s o p a n s a n tun
Sudut mata kanan luar = Baik budi, ramai yang cinta
Pipi kanan = Ramai teman
Bibir atas kanan = Pandai
Bibir atas kiri = Ramai kawan,baik hati
Bibir bawah kanan = Disegani orang, ramai yang suka
Bibir bawah kiri = Pandai bicara, tak mudah mengalah
Hujung mulut kiri = Suka berfoya-foya
Dagu bawah kanan = Jujur dan baik hati
Dagu bawah kiri = Bijaksana dan berbudi luhur
Leher kanan = Cerdas, jujur, berani menderita
Leher kiri = Cerdas dan banyak pengetahuan
Leher di tengah = Mudah tercapai apa yang dicita-citakan
Bahu kanan = Cermat dalam ambil keputusan,banyak tanggungan
Bahu kiri = Suka kerja keras, banyak tanggungjawab
Dada kanan = Dapat mengatasi masalah
Dada kiri = Berani, jujur, sabar
Pinggang kanan = Bersifat penyayang pada suami atau isteri
Pinggang kiri = Mudah disayangi oleh suami atau isteri
Lengan kanan = Setia dan taat pada golongan atasan
Lengan kiri = Suka bekerja dan selalu menepati janji
Siku tangan kanan = Bersemangat kuat untuk memiliki kejayaan
Siku tangan kiri = Baik hati, suka menolong
Telapak kaki kanan = Tidak mudah mengeluh, kuat berusaha, bakal terkenal
Telapak kaki kiri = Mempunyai budi pekerti yang baik