Artinya:
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah lagi Maha penyayang. Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan menguasai seluruh alam.Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Yang menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari akhirat). Engkaulah sahaja (Ya Allah) yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan.Tunjukilah kami jalan yang lurus. Yaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat. (al-Fatihah: 1-7)
Keterangan Ayat
Surah al-Fatihah adalah surah yang istimewa diturunkan oleh Allah kepada Nabi Muhammad s.a.w yang tidak pernah diturunkan kepada nabi-nabi sebelumnya. (Riwayat Muslim)
Ia mempunyai beberapa nama. Antara yang masyhur adalah al-Fatihah yang bermaksud pembukaan kerana ia merupakan surah yang pertama dalam susunan surah-surah al-Quran dan yang pertama dibaca dalam solat. (Tafsir al-Tabari, Tafsir al-Mawardi dan Tafsir surah al-Fatihah)
Ia juga dipanggil Ummul Kitab yang bermaksud Induk al-Quran kerana kandungannya menghimpunkan maqasid al-Quran yaitu pujian kepada Allah yang menegaskan rububiah-Nya, menjelaskan cara beribadat kepada-Nya dan memohon hidayah-Nya, kisah-kisah umat yang terdahulu, gambaran kedudukan hamba-hamba – Nya yang bahagia, menderita dan sebagainya.
Ia menduduki tempat sebagai ibu kepada semua surah yang lain. Orang-orang Arab menamakan semua perkara yang menghimpunkan perkara yang lain sebagai Ummun.
Mekah dipanggil Ummul Qura kerana semua bandar lain bergantung kepadanya. (Al-Tafsir al-Qayyim, Tafsir surah al – Fatihah, Rawai’ al-Bayan: Bab al – Fatihah)
Selain itu, surah ini juga dipanggil oleh Allah dalam surah al-Hijr ayat 87 sebagai al-Sa’bul Mathani yang bermaksud tujuh yang berulang kerana terdiri daripada tujuh ayat dan dibaca secara berulang-ulang dalam solat. (Tafsir al-Samarqandi, tafsir surah al-Fatihah, Lisan al-Arab, lihat a-Mathani)
Al-Qurtubi menyenaraikan 12 nama bagi surah ini iaitu antaranya al-syifa’ (penyembuh), al-Wafiah (yang menyempurnakan, al-Kafiah (yang mencukupkan), al-Asas (asas), al-Hamd (pujian) dan lain-lain.
Beliau mengambil nama-nama itu secara tauqifi daripada Nabi s.a.w atau melalui ijtihad para sahabat. (Tafsir al-Qurtubi, tafsir surah al-Fatihah)
Al-Alusi pula menyebut surah ini memiliki lebih daripada 20 nama. (Ruhul Ma’aani, tafsir surah al-Fatihah)
Khasiat dan Kaifiat Beramal
Thabit dalam hadis sahih riwayat al-Bukhari mengatakan bahawa surah ini mampu menjadi penawar bagi mengubati bisa sengatan. Seorang sahabat telah diminta mengubati ketua penduduk yang disengat binatang berbisa. Lalu seorang sahabat telah menjampi dengan menggunakan surah al-Fatihah. Dengan izin Allah dia telah sembuh.
Cara yang dilakukannya ialah dengan membacakan surah al-Fatihah dengan mengumpulkan sedikit ludahan. Kemudian ditiupkan dan disertai sedikit ludahan pada bahagian badan yang sakit itu. Malahan disebut dalam Fath al-Bari, semua jenis penyakit boleh disembuhkan dengan membaca surah ini.
Rasulallah (saw) bersabda, “Aku ingin memberitahu kamu satu surah yang paling afdal dalam al-Quran. Surah itu adalah surah al-Hamd (al-Fatihah) yang mempunyai tujuh ayat. Ayat-ayat ini adalah Saba’ Mathani dan dan mewakili seluruh al-Quran yang agung.”
Telah di riwayatkan dari setengah ahli sufi bahawa segala yang terkandung dalam kitab Allah yang terdahulu terdapat dalam al-Quran dan segala kandungan al-Quran terdapat dalam dalam surah al-Fatiha.
Adapun masing-masing ayat juga memilki fadhilah yang luar biasa, antara lain sebagai berikut:
Bila ada orang menderita sakit batuk, maka ayat “Alhamdulillaahi” ini ditulis pada pinggan putih lalu dilebur dengan minyak wijen dan diminumkan.
Bila ingin disayangi dan dicintai oleh orang lain maka ayat “Robbil ‘aalamiin” ini ditulis pada pinggan putih dan dilebur dengan minyak wijen lalu dipakai untuk minyak rambut. Insya Allah banyak orang yang sayang dan mencintai.
Bila ada tanaman yang kurus dan berpenyakit, maka ayat “arrohmaan” ditulis pada pinggan putih dan dilebur dengan air tawar, kemudian air tsb disiramkan pada tanaman tersebut. Insya Allah dengan berkat izin allah tanaman itu akan tumbuh subur dan terhindar dari penyakit.
Tulislah ayat “arrohiim” pada kertas putih polos lalu dibawa serta insya Allah dapat ,emaklukkam binatang buas dan semua musuh akan segera menjauh.
Untuk siker atau pagar rumah, Ayat “Maliki yaumiddiin” ditulis pada kertas putih polos kemudian masukkan dalam bumbung bambu lalu ditanam di empat pojok rumah, Insya allah penghuni rumah akan terhindar dari marabahaya.
Bila ada tanaman yang diserang hama wereng, tikus, babi hutan, dan lain sebagainya, jangan risau dan berputus asa. ambillah ulpen dan tulislah ayat Iyyaa kana’budu’ pada kertas putih yang tidak bergaris kemudian lipat rapi sambil membaca iyyaa kana’budu terus menerus hingga selesai. masukkan lipatan kertas yang sudah ditulis kedalam bumbung bambu dan tancapkan keempat sudut sawah, ladang atau pekarangan yang diganggu hama.
Untuk selamat dari orang yang sedang mengamuk/marah atau binatang yang galak maka bacalah ayat “Wa iyyaaka nastaiin’ sebanyak 7x kemudian tiupkan kepada orang yang dimaksud maka seketika marahnya akan reda dan tidak akan berbicara kecuali bahasa yang indah dan lembut menyejukkan hati.
Terkadang kita disuatu tempat atau dihutan selalu tersesat jalan padahal sebelumnya kita sudah mengetahui arah jalan yang sebenarnya. Jangan bingung dan berputus asa. tenangkan hati lalu sandarkan diri kepada Sang Maha memberi petunjuk dengan melapalkan ayat “Ihdinashshiroothol musaqiim” dalam hati sambil memejamkan mata. Insya Allah akan datang keajaiban seketika itu dan tidak akan tersesat jalan.
Bila anda memiliki musuh dan mengancam akan membunuh atau mencelakai maka segeralah mendekatkan diri pada Allah dengan hati yang penuh ikhlas pada Allah sambil dihati mengucapkanayat ” Shirothollaladziina” berulang ulang maka dengan kudrat irodat Allah musuh yang tadinya akanmencelakai itu seketika berubah baik karena hilang kebenciannya dan musuh tadi tidak akan memusuhi anda.
Ayat “An ‘amta ‘alaihim” ini sungguh luar biasa, karena seketika sekeliling kita tiba tiba akan berubah menjadi lautan api yang seakan siap melahap siapa saja yang mengganggu. caranya: ketika anda dalam keadaan terdesak dan terancam oleh kepungan musuh atau perampok maka jangan panik. segeralah secepat kilat mengambil pasir/tanah kemudian bacakan ayat tersebut lalu sebarkan ke arah musuh. maka musuh akan lari pontang panting karena melihat lautan api dihadapan mereka.
Bila dalam perjalanan anda kehabisan makan dan minuman karena bekal yang dibawa sudah habis, maka ambillah daun daunan yang sekiranya dapat dimakan lalu bacakan ayat “ghoiril maghdhu bi ‘alaihim” kemudian makanlah daun itu, insya allah laparnya akan hilang. tau kalau tidak ada daun maka bacalah ayat tersebut dan tiupkan ke telapak tangan dan usaplah leher. Insya allah akan lebihtahan menahan lapar sebelum menemukan makanan yang dapat dimakan.
Ini untuk mahabbah/kasih sayang. bacalah berulang ulang “waladhdhoo liin” dengan hati ikhglas dihadpan ornag yang membenci anda, maka Allah akanmelunakkan dan melemahkan orang terbut sehingga kebenciannya menjadi kasih dan sayang…amiin.
Nah..kita selalu mengucapkan lapal “Aamiin” tanpa mengetahui khasiat dan keampuhannya. keampuhannya antara lain: dapat menyembuhkan orang yang sudah lama sakit. caranya. bacakanlah pada bawang putih1 siung, pala 1 buah, cengkeh 7 butir, ditambah jintan hitam sedikit. campurlah semua dengan tulisan lafaz “aamin” pada kertas putih polos. Rebuslah dengan air 1 liter, selama merebus lafaz amin terus dibaca hingga air menjadi 1 gelas dan minum sehari satu kali.